suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Saya nampak depan mata, darah-darah” - Abang sulung meraung kenang detik hitam Nur Haira digigit 5 anjing liar

Hanif merupakan saksi utama yang melihat detik tragis adiknya digigit sekumpulan lima ekor anjing liar.

TANGISAN seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengundang sebak orang ramai apabila dia menceritakan detik hitam menyaksikan adik perempuannya diserang sekumpulan anjing liar di depan matanya sendiri.

Kanak-kanak dikenali sebagai Hanif itu dilihat gagal mengawal emosi dan menahan air mata ketika meluahkan pengalaman berkenaan kepada pelawak Shahrol Shiro yang  bertandang melawat keluarganya.

"Saya nampak depan mata sendiri, cik... darah-darah, cik," luahnya sambil menangis teresak-esak mengenangkan nasib malang yang menimpa adiknya.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi kemudian cuba menenangkan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai masih trauma dengan insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak dua tahun diserang sekumpulan anjing depan rumah, hampir seluruh badan cedera

Hanif turut dipujuk agar tidak menyalahkan dirinya atas kejadian berkenaan, sebaliknya diminta terus kuat sebagai abang sulung kepada tiga beradik.

Luahan itu dikongsikan Shahrol menerusi sebuah rakaman di Instagram miliknya selepas dia melawat keluarga mangsa di Peserai, Batu Pahat, Johor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi Sabtu, 5 September lalu, mangsa, Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi, 2, diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu.

Kejadian disedari nenek mangsa selepas melihat pintu gelangsar rumah terbuka sebelum mendapati cucunya sedang dikerumuni dan digigit haiwan berkenaan.

Serangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah termasuk luka pada bahagian kepala dan pipi.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Artikel Lain