suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong perkenan tamatkan darurat di Serian... Penduduk diminta kekal waspada

Suasana sekitar Lebuhraya Pan Borneo berdekatan Serian diselubungi jerebu. - ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh bahagian Serian, Sarawak selepas keadaan jerebu di kawasan berkenaan menunjukkan perkembangan baharu.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkenan Baginda dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pandangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selain laporan menyeluruh daripada agensi berkaitan.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dengan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: IPU melonjak kepada 519, Agong perkenan isytihar darurat di Serian

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 4 September, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Ketika itu Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melonjak kepada 519, iaitu bacaan tertinggi pernah direkodkan sejak episod jerebu rentas sempadan semasa melanda Malaysia awal tahun ini.

Artikel Lain