suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu RCI Tabung Haji: Reman bekas menteri disambung 2 hari lagi

Perintah reman ke atas seorang bekas menteri disambung dua hari bagi membantu siasatan. -Gambar hiasan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh lanjutan tempoh reman selama dua hari terhadap seorang Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu siasatan berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Perintah reman baharu itu bermula Isnin hingga Selasa selepas permohonan SPRM dibenarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas menteri agama direman 5 hari isu skandal pajakan hotel Arab Saudi

Pada 2 September lalu, bekas menteri berusia lingkungan 60-an itu direman selama lima hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan lanjutan tempoh reman tersebut.

Menurut Halim, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -The Star

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk