HANYA kerana meninggikan bunyi televisyen, seorang lelaki warga emas menetak isterinya menggunakan parang di kediaman mereka di Taman Desa Sejahtera di Kota Tinggi, Johor pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 9.30 malam berhubung seorang wanita yang mengalami kecederaan dan pendarahan di sebuah rumah. Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum menahan seorang lelaki tempatan yang juga suami mangsa."Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan berusia lingkungan 70-an itu selepas mangsa meninggikan bunyi televisyen."Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol kemudian bertindak menyerang isterinya menggunakan sebilah parang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka tetakan kira-kira satu sentimeter pada bahagian lengan kanan.Wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.