suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan larikan diri dari pemeriksaan majlis bandaraya berakhir tragedi, tukang urut maut jatuh tingkat 4 rumah kedai

Setiap kes kematian mengejut akan melalui proses siasatan untuk menentukan punca. -Gambar hiasan

SEORANG tukang urut wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, siasatan awal mendapati wanita warga asing berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ng memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3.48 petang.

Menurutnya, mangsa dijumpai di belakang bangunan rumah kedai berkenaan dalam keadaan tertiarap dengan pendarahan di kepala.

Susulan insiden tersebut, mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan retak pada bahagian kepala, selain patah beberapa tulang rusuk.

Pihak polis masih melengkapkan siasatan daripada pelbagai sudut dan klasifikasi kes boleh berubah sekiranya laporan bedah siasat atau bukti baharu menunjukkan sebaliknya.

Setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Artikel Lain