suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPU melonjak kepada 519, Agong perkenan isytihar darurat di Serian

Jerebu di Serian mencapai tahap pencemaran udara membahayakan terhadap orang ramai.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Menurut Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

"Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu makin parah di Malaysia... Ahli farmasi kongsi 11 tip jaga diri, ada pesanan untuk pengguna kanta lekap

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melonjak kepada 519, iaitu bacaan tertinggi pernah direkodkan sejak episod jerebu rentas sempadan semasa melanda Malaysia awal tahun ini. 

 

Artikel Lain