suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib, Nazifuddin berjaya tangguh prosiding kebankrapan

Najib dan anaknya, Mohd Nazifuddin berjaya tangguh prosiding kebankrapan. Mahkamah Tinggi hari ini melepas tanpa membebaskan Najib daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta. Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib untuk dilepas tanpa dibebaskan.

DATUK Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berjaya dalam rayuan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka berhubung kegagalan menjelaskan tunggakan cukai berjumlah berbilion ringgit.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Dr Alwi Abdul Wahab pada Jumaat.

Panel berkenaan membenarkan permohonan Najib dan Mohd Nazifuddin supaya prosiding kebankrapan terhadap mereka ditangguhkan.

Turut menganggotai panel tersebut ialah Hakim Dr Shahnaz Sulaiman dan Hakim Ong Chee Kwan.

Untuk rekod, prosiding kebankrapan tersebut dimulakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan kegagalan Najib menjelaskan tunggakan cukai RM1.69 bilion, manakala Nazifuddin pula sebanyak RM37.6 juta.

Kedua-duanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 November 2025 yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding berkenaan.

Permohonan penangguhan itu dibuat sementara menunggu penyelesaian rayuan mereka di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) bagi mencabar taksiran cukai tambahan yang dikenakan LHDN. 

Terdahulu pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai daripada kedua-dua individu berkenaan.

Pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan tersebut, sekali gus mengekalkan kewajipan membayar tunggakan cukai terbabit.

Artikel Lain