suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nyawa dan roh sudah tiada” - Keluarga mangsa kemalangan ngeri LPT1 umum tutup operasi Secangkir Cafe

Sofiya, suami dan anak lelakinya maut dalam kemalangan itu.

SECANGKIR Cafe bakal menamatkan operasinya pada Jumaat selepas pemiliknya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan maut dalam kemalangan tragis pada Isnin malam.

Keputusan duka itu dimaklumkan oleh abang kepada Allahyarham Sofiya, yang menggunakan akaun Threads Iqiekazama menerusi satu hantaran penuh emosi pada Khamis petang.

“Kami dengan berat hari ingin mengumumkan tidak akan meneruskan kafe adik kami. Sayang seribu kali sayang, tapi terpaksa kerana 'nyawa dan roh' di kafe tersebut sudah tiada.

"Kami juga tiada kepakaran untuk menghasilkan semula kek-kek arwah Sofiya kerana semuanya unik dan berbeza. Pada 4 September, kami akan buka buat kali terakhir dari pukul 3 petang hingga 9 malam.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

Kemalangan itu berlaku di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

"Berat sangat keputusan ini tapi kami rasa itulah yang terbaik. Terima kasih kepada yang pernah sokong Secangkir dari awal. Esok adalah hari terakhir legasi Secangkir," ujarnya.

Menurut Iqiekazama, stok makanan dan minuman adalah terhad, malah mereka juga akan melelong segala perkakasan kafe berkenaan pada Jumaat.

"Stok kopi dan kek terhad, terutama sekali kek. Kami terpaksa hadkan satu hirisan untuk setiap pelanggan dan kopi juga terhad kepada 300 cawan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas ngeri LPT1, empat nyawa melayang kemalangan 11 kenderaan

"Kami juga akan lelong segala stok dan perkakasan kedai. Insya-Allah hasil duit jualan akan digunakan jika arwah adik kami masih ada hutang serta menyelesaikan apa yang tertunggak," ujarnya lagi.

Dalam kejadian pada Isnin malam, pemilik kafe itu bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef yang berusia 4 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan, Pahang.

Pasangan berusia 32 tahun itu bersama anak lelaki mereka menaiki kereta Proton S70 dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Selain mereka bertiga, seorang lagi individu turut terbunuh dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan itu.

 

Artikel Lain