SEBAHAGIAN kawasan di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) kelihatan seperti dilanda salji apabila buih putih dilihat memenuhi jalan raya pada petang Khamis.Rakamam kejadian itu [Tonton Video] meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi di media sosial oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Rtnasrie_01, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya. "Nak balik nanti tolong hati-hati yang mana guna Kesas arah balik ke Puchong atau Shah Alam."Jalan licin bersabun ni. Semoga semua selamat sampai ke destinasi," tulis individu itu.LLM mengesahkan berlaku tumpahan cecair di lokasi kejadian.Hantaran tular itu turut dihujani komen netizen yang berjenaka tentang kejadian berkenaan."Ingatkan Malaysia dah ada salji. "Siapalah yang main sabun tengah jalan ni?"Weh, dah macam London ada salji atas jalan," tulis beberapa netizen.Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan berlakunya kejadian tumpahan cecair yang menyebabkan kesesakan trafik di Kesas."Tumpahan cecair di KM 30.5 arah Timur (Susur Ramp A Kota Kemuning). Lorong kiri terhalang, trafik perlahan."Sila perlahankan kenderaan dan patuhi arahan petugas di lokasi," tulis LLM menerusi satu hantaran di Facebook.