suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Hannah Yeoh dan Ramachandran memiliki dua cahaya mata. -Foto Facebook Hannah Yeoh

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu disahkan menerusi ruangan About Me di laman web rasmi Yeoh yang menyatakan pasangan berkenaan berkahwin pada Januari 2008.

"Hannah berkahwin dengan Ramachandran Muniandy dan dikurniakan dua cahaya mata, Shay pada 2011 dan Kayleigh pada 2013, sebelum mereka bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga pada 2026," tulis kenyataan pada ruangan tersebut.

Pasangan yang masing-masing berusia 47 tahun itu dilaporkan pertama kali bertemu di sebuah gereja sebelum kedua-duanya menyertai parti DAP pada 2007.

Ahli Parlimen Segambut itu pertama kali memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2018 dan kini turut memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Naib Pengerusi parti serta anggota jawatankuasa DAP Wanita. 

 

Artikel Lain