suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasut orang ramai rempuh penghadang besi ketika sambut Hari Kebangsaan, lelaki baju oren akhirnya dicekup

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan susulan lima laporan polis dibuat terhadapnya.

SEORANG tukang masak berusia 30 tahun ditahan kerana didakwa menghasut orang awam ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada awal Isnin.

Lelaki itu ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa menghasut orang ramai supaya merempuh penghadang besi bagi mendapatkan tempat duduk untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

Provokasi berkenaan dipercayai menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran berpusu-pusu ke bahagian hadapan kawasan tempat duduk sehingga berlaku himpitan.

Beberapa individu dilaporkan cedera selepas terjatuh dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Ya, kita telah menahan lelaki berbaju oren itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tanda kasih dari Palestin... 69 layang-layang hiasi langit Gaza sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia!

Dia turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video menunjukkan seorang lelaki berbaju oren atau coklat didakwa melakukan provokasi terhadap orang awam yang sedang menunggu pintu masuk kawasan tempat duduk dibuka.

Video berdurasi dua minit 18 saat itu turut menunjukkan lelaki berkenaan didakwa merempuh orang ramai sehingga mencetuskan kekecohan dan menyebabkan beberapa individu terjatuh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 pagi Isnin.

Polis dijangka memohon perintah reman terhadap suspek pada Rabu bagi membantu siasatan lanjut. -The Star

Artikel Lain