suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa bawa lari pesanan makanan, rider OKU pekak buat laporan polis... Dedah ditegur pengawal keselamatan, pelanggan tak angkat ‘call’

Rider OKU berkenaan dipercayai sudah membuat laporan polis berhubung kejadian.

SEORANG penghantar makanan orang kurang upaya (OKU) membuat laporan polis susulan salah faham isu menghantar makanan pelanggan di sebuah lokasi tidak dinyatakan pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan menerusi media sosial pada Rabu oleh seorang individu dipercayai kenalan penghantar makanan berkenaan yang turut memuat naik gambar lelaki tersebut memegang salinan laporan polis.

Menjelaskan salah faham tersebut, kejadian dikatakan berlaku ketika penghantar makanan tersebut tiba untuk menghantar pesanan diletakkan di atas sebuah meja.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang selepas seorang pengawal keselamatan menegurnya dan berlaku salah faham antara kedua-dua belah pihak susulan penghantar makanan tersebut mengalami masalah pendengaran.

Jelasnya, lelaki tersebut terpaksa mengambil semula makanan tersebut susulan pemilik tidak mengangkat panggilan yang dibuat berulang kali.

"Guard tu cakap apa entah dekat rider ini. Dia tak boleh bercakap dan mendengar jadi lelaki ini sudah hubungi kakak (pelanggan) banyak kali tapi kakak ini tak angkat call juga.

"Lepas tu guard marah suruh ambil makan tu semula. Dia tak tahu nak buat apa. Dia kan pekak jadi dia terpaksa ambil makanan itu semula dan balik," jelasnya dalam hantaran di Threads.

Perkongsian mengenai kejadian tersebut tular di media sosial selepas seorang pengguna memuat naik beberapa gambar yang dipercayai menunjukkan penghantar makanan terbabit bersama seorang pengawal keselamatan.

Menerusi tangkap layar berkenaan, tertera butiran yang menyatakan penghantar makanan itu merupakan seorang OKU pekak dan telah selesai menghantar pesanan berkenaan pada Selasa petang.

"Siapa kenal rider ini? Asal dia ambil gambar dekat guard, kemudian blah dengan makanan aku! Pandai betul kau ya," tulis pelanggan berkenaan pada kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, individu itu mendakwa penghantar makanan tersebut datang kembali ke lokasi sama selepas mendapati pelanggan tersebut menularkan dirinya di media sosial bagi menjelaskan hal sebenar.

"Lepas tu kakak ni viralkan dia. Dia datang balik tempat yang kakak ni tinggal. Dia nak jumpa guard tu tapi tak ada," jelas lelaki itu.

Artikel Lain