suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Insya-Allah panjang umur ku datang” - Mesej janji ke kenduri kahwin rupanya perbualan terakhir sebelum maut

Tiga beranak itu maut dalam kemalangan di LPT1 pada Isnin malam.

KEMALANGAN ngeri membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang meragut empat nyawa pada Isnin malam cukup meninggalkan duka mendalam buat keluarga serta insan terdekat dengan mereka.

Lebih memilukan, seorang wanita menerusi satu hantaran di media sosialnya meluahkan rasa tidak percaya apabila berita kemalangan berhubung nahas itu rupa-rupanya turut meragut nyawa sahabat baiknya sendiri.

Menerusi perkongsian itu, Syazana Syariff meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui rakannya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, meninggal dunia bersama suami, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka dikenali sebagai Muhammad Armaan Nazeef.

"Ya Allah... tak boleh brain, baru tahu kawan aku meninggal ya Allah. Suami, isteri dan anak sekali.

"Tak sangkanya. Semalam (Isnin) mereka pergi tengok perarakan dekat Dataran Putrajaya. Masa dalam perjalanan balik, mereka terlibat kemalangan. My roomate, housemate and classmate," ujarnya.

Dalam kenangan... Antara hantaran arwah Nur Atiqah Sofiya berkongsi kegembiraan anaknya ketika berada di Dataran Putrajaya.

Malah, perkongsian itu turut menyelitkan tangkap layar daripada akan media sosial arwah kawannya itu.

Antara yang dikongsikan arwah ialah foto dia bersama suami dan anaknya sewaktu berada di Dataran Putrajaya.

"Tunggu sampai ada anak nanti, apabila dia cakap... Armaan happy harini, mummy. Armaan suka harini," demikian kapsyen yang ditulis arwah mengiringi foto anak lelakinya yang kelihatan ceria sambil memegang Jalur Gemilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas ngeri LPT1, empat nyawa melayang kemalangan 11 kenderaan

Tidak cukup dengan itu, Syazana turut memuat naik tangkap layar perbualan terakhir bersama Allahyarham Nur Atiqah Sofiya yang pernah berjanji mahu menghadiri majlis perkahwinannya yang dijadual pada Jun tahun hadapan.

Dalam mesej berkenaan, arwah sempat menitipkan pesanan bahawa dia akan berusaha untuk hadir sekiranya diberi umur yang panjang.

"Insya-Allah panjang umur akan ku usahakan datang," tulis Nur Atiqah Sofiya  dalam mesej berkenaan memberi respons terhadap jemputan daripada Syazana.

Difahamkan, Nur Atiqah Sofiya merupakan seorang jurufoto yang juga mengusahakan sebuah kafe, Secangkir Cafe di Kuantan, Pahang.

Kemalangan di LPT1 pada Isnin malam itu meragut nyawa empat individu.

Selain tiga beranak yang tersepit dalam Proton S70, kemalangan berantai di LPT1 itu turut meragut nyawa seorang lelaki, Seow Beng Wain, 55 dari Shah Alam, Selangor yang menaiki Honda CRV.

Kemalangan di Kilometer (KM) 110.4 LPT1, arah Lanchang menghala Kuantan, Pahang itu membabitkan Proton Saga (2), Perodua Myvi (2), Toyota Alphard, bas ekspres Mayang Sari, Proton S70, lori tanker, Honda CRV, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

Selain empat mangsa yang maut, empat individu turut mengalami kecederaan manakala seramai 30 penumpang bas ekspres serta mangsa dalam beberapa kenderaan lain dilaporkan selamat.

Artikel Lain