suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amalan sejak 2018... Bekas PM tidak termasuk senarai jemputan rasmi sambutan Hari Kebangsaan

Kehadiran Tun Dr Mahahir di Dataran Putrajaya pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 mencuri tumpuan ramai.

JEMPUTAN rasmi ke sambutan Hari Kebangsaan tidak dibuat secara automatik kepada bekas Perdana Menteri sejak 2018.

Perkara itu dijelaskan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Ia susulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat hadir berpanas bersama rakyat di Dataran Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.

Abdul Halim berkata, urusan jemputan bagi acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan dikendalikan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, berdasarkan amalan sejak 2018, bekas Perdana Menteri tidak menerima jemputan ke sambutan Hari Kebangsaan secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN: Negarawan bersama rakyat! Tun M hadir berkerusi roda sambut Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya

"Bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diatur menerusi permohonan oleh pihak berkenaan, selaras dengan prosedur serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, pihak urus setia menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan menerima permohonan daripada Dr Mahathir untuk mendapatkan Kemudahan Berehat ke Luar Negara (Overseas Rest Facility).

Permohonan itu menyatakan Dr Mahathir dijadualkan berada di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026 dan telah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelulusan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan mengenai ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Terdahulu, kehadiran negarawan berusia 101 tahun itu pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada Isnin mencuri tumpuan ramai pengunjung. 

Tidak menyertai tetamu kenamaan, Dr Mahathir yang hadir berkerusi roda dilihat bersemangat meraikan detik penuh bersejarah negara bersama ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan perarakan kemerdekaan.

Artikel Lain