Video memaparkan seorang individu yang didakwa wakil Malaysia dalam sebuah pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa tular di media sosial.
KECOH di media sosial selepas tular video memaparkan seorang individu yang didakwa sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.Video berkenaan dipercayai memaparkan peserta yang membawa nama Malaysia dalam pertandingan berkenaan, sebelum ia dikongsi semula oleh beberapa akaun media sosial tempatan. Situasi itu mengundang persoalan dan kecaman daripada segelintir netizen yang mempersoalkan bagaimana penyertaan berkenaan boleh membawa nama Malaysia, selain menggesa pihak berkuasa agama tampil memberikan penjelasan.ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama suruh siasat kes lelaki pakai gaun terbelah sampai pahaMalah, ada dalam kalangan pengguna media sosial yang meminta perkara itu disiasat, khususnya berkaitan status dan pengiktirafan wakil berkenaan."Mohon siasat dan ambil tindakan, takkan nak tunggu rakyat buat kerja baru nak bertindak? Atau nak tunggu bala datang?"Ada respons? @drzulkiflihasan @myjakim @jabatanmuftiwp."Makin menjadi-jadi spesies songsang ni. Jabatan Agama Islam dah tak ada kuasa ke? Terang-terang haram," demikian antara komen netizen.Dalam pada itu, semakan mendapati pertandingan ratu cantik berkenaan berlangsung di Bangkok, Thailand, dengan acara kemuncaknya pada Ahad, 30 Ogos.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, pada 26 Januari lalu berkata kerajaan Madani bertegas menolak sebarang bentuk promosi aktiviti LGBT yang dianggap bercanggah dengan Islam serta nilai kesusilaan masyarakat Malaysia.Menerusi jawapan bertulisnya di Parlimen, Zulkifli berkata penguatkuasaan kes jenayah syariah berkaitan isu LGBT bagi orang Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Di Wilayah Persekutuan, katanya, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, termasuk peruntukan berkaitan liwat, musahaqah dan lelaki berlagak seperti perempuan.