Kehadiran Tun Dr Mahahir di Dataran Putrajaya pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 mencuri tumpuan ramai.
KEHADIRAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencuri tumpuan ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada Isnin.Biarpun berkerusi roda, negarawan berusia 101 tahun itu dilihat bersemangat meraikan detik penuh bersejarah negara bersama ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan perarakan kemerdekaan. Detik itu dikongsikan beliau menerusi video penstriman langsung TikTok menerusi akaun @chedetofficial. Menerusi video berkenaan, Dr Mahathir dilihat mengibarkan Jalur Gemilang malah sempat menyantuni orang ramai yang ingin berswafoto dan menyapanya.Warga maya turut meluahkan rasa terharu dan kagum melihat semangat Dr Mahathir menyertai sambutan berkenaan, selain menyifatkan kehadirannya sebagai satu momen istimewa yang mencerminkan kecintaan terhadap negara."Legenda, beliau antara PM terbaik."Terima kasih Tun. Semoga panjang usia, barakah dan sihat selalu hendaknya."Kami sayangkan Tun, terima kasih sudi bersama rakyat," demikian antara komen netizen. Ini bukan kali pertama negarawan berkenaan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, namun tahun ini sedikit berbeza kerana beliau hadir dengan berkerusi roda.Dalam pada itu, Dr Mahathir turut merakamkan ucapan ringkas kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-69 dalam satu hantaran di media sosialnya."Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke-69, Malaysia," tulisnya.Bersama hantaran tersebut, beliau berkongsi video perjalanannya mentadbir negara ini sejak 1981 hingga 2003 (penggal pertama) dan 2018 hingga 2020 (penggal kedua), selain kenangan manis detik kejayaan yang dilakar anak Malaysia di persada dunia.