Lima helikopter melintasi ruang udara Putrajaya dengan membawa Jalur Gemilang sewaktu Sambutan Hari Kebangsaan 2026. -Foto Bernama
DERUMAN enjin kereta kebal dan pesawat tempur di ruang udara Dataran Putrajaya membuatkan ramai pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan 2026 terpegun.Kereta kebal bersama pelbagai kenderaan tempur lain mula berarak membelah Dataran Putrajaya pada Isnin, sambil diiringi langkah gagah para anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di hadapan.Aksi F/A-18D Hornet TUDM menggegarkan ruang udara Putrajaya sewaktu Sambutan Hari Kebangsaan 2026. -Foto Bernama Antara jentera yang dipamerkan termasuklah jip, kenderaan tempur infantri dan pelbagai aset sokongan lain yang lengkap dengan corak celoreng ikonik hijau dan coklat milik ATM.Turut menyertai perarakan itu ialah pelbagai jenis meriam bersaiz berbeza yang ditarik menggunakan trak tentera.Sambutan Hari Kebangsaan 2026 meriah dengan pelbagai persembahan menarik. -Foto BernamaMeskipun kereta kebal sudah meninggalkan Dataran Putrajaya, keterujaan orang ramai terus memuncak apabila deruman bunyi pesawat mula memenuhi ruang udara pada pagi berkenaan.Pertunjukan udara dimulakan dengan aksi memukau dua pesawat jet yang terbang laju melintasi Dataran Putrajaya sambil melepaskan suar, menyebabkan ramai penonton mendongak ke langit dengan penuh kagum.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat beramah mesra dengan pengunjung sewaktu menghadiri sambutan itu. -Foto BernamaTidak lama kemudian, bunyi khas helikopter tentera pula kedengaran ketika pesawat berkenaan terbang selari dengan tempat duduk penonton, sekali gus memberikan peluang kepada orang ramai melihat dengan jelas aset udara berteknologi tinggi itu.Pertunjukan tersebut diteruskan dengan aksi koordinasi ketenteraan yang mengagumkan apabila pelbagai jenis pesawat tentera terbang melintasi ruang udara dalam formasi yang begitu sempurna.Antara pasukan yang turut mengambil bahagian dalam perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026. -Foto BernamaPersembahan itu diakhiri dengan deruman kuat sebuah pesawat jet yang melakukan aksi berpusing sambil melepaskan suar.