TIGA kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya melebihi 300 setakat pukul 1 tengah hari Ahad.Sementara itu 13 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat atau lebih tinggi. Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPD Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 420, diikuti Samarahan (337) dan Kuching (308).Sementara itu, Sri Aman merekodkan bacaan pada tahap ‘sangat tidak sihat’ iaitu 235.Kawasan lain yang terjejas di Sarawak ialah Sarikei (198), Sibu (191), Bintulu (184), Mukah (179), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (160) dan ILP Miri (157).Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan 151, manakala Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan 152. Sementara itu, Labuan mencatatkan bacaan 142.Sabah turut terjejas dengan Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan 124.ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu makin tebal... 12 kawasan di Malaysia catat IPU tidak sihat, Serian paling terukSebanyak 52 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.Orang ramai boleh memantau bacaan IPU terkini menerusi laman web APIMS atau aplikasi MyJAS EQMS. -The Star