TRAGEDI duka melanda Kampung Lok Buta di Kota Kinabalu, Sabah apabila tiga kanak-kanak ditemukan maut selepas ratusan rumah kayu dan kediaman setinggan atas air musnah dalam kebakaran awal pagi Ahad.Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 pagi. Anggota bomba berdepan kesukaran lantaran api marak dan merebak dengan pantas sehingga terpaksa merobohkan empat buah rumah yang berada di laluan kebakaran.Malah, pasukan penyelamat turut menggunakan air laut sebagai sumber utama, selain bekalan air daripada tangki jentera bomba untuk memadamkan kebakaran.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hannis Moktar berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 6.26 pagi."Pasukan bomba kemudian menemukan tiga mayat yang rentung, masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan.Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Asrul Abdullah, 6; Nana Abdullah, 4; dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8.Operasi di lokasi masih diteruskan dan difahamkan, jumlah sebenar rumah yang terjejas dalam proses pengesahan. -The Star