SEBANYAK 12 kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 2 petang Isnin, demikian menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS)Di Sarawak, enam kawasan melepasi paras tidak sihat dengan IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi di seluruh negara iaitu 193, diikuti Kuching (179), Samarahan (174), Sri Aman (156), Bintulu (151) dan Mukah (114). Di luar Sarawak, dua kawasan di Selangor turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia (160) dan Kuala Selangor (107).Di Kedah, Sungai Petani (155) dan Alor Setar (152) merekodkan bacaan IPU tidak sihat, manakala di Pulau Pinang, Minden mencatatkan bacaan IPU 115.Seri Manjung pula menjadi kawasan terbaharu yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 106.Sementara itu, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara. -The Star.