suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak kali tolak pun tetap buat tak tahu... Wanita cemas digesel lelaki Bangladesh dalam LRT!

Pelaku jenayah seksual wajar dikenakan hukuman berat atas perbuatan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 25 tahun berdepan pengalaman mencemaskan apabila mendakwa dicabul lelaki warga asing ketika berada di dalam tren LRT di Setiawangsa pada 19 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa dihampiri suspek yang didakwanya dengan sengaja menggesel tubuhnya dari belakang.

Ketika itu mereka dalam perjalanan dari Wangsa Maju menuju ke Pasar Seni melalui Setiawangsa.

Wanita itu dilaporkan cuba menolak lelaki berkenaan beberapa kali, namun suspek didakwa tidak mengendahkan tindakannya.

Mangsa kemudiannya berpindah ke bahagian lain dalam tren sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, suspek ditahan anggota Polis Bantuan Prasarana di stesen LRT Pasar Seni pada pukul 11.30 pagi, 21 Ogos lalu.

“Suspek yang merupakan warga Bangladesh itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Dia direman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. -The Star

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk