suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemeriahan berganda! 100 anggota dan aset JMF bakal sertai perarakan Merdeka di Dataran Putrajaya

Perarakan pasukan keselamatan merupakan acara yang paling dinanti-nantikan masyarakat. -Gamabr hiasan

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini bakal menampilkan kelainan apabila Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) turut mengambil bahagian bersama aset serta 100 anggotanya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penyertaan pasukan berkenaan merupakan antara elemen baharu yang membezakan sambutan tahun ini berbanding edisi sebelumnya.

"Salah satu perkara yang saya fikir mungkin berbeza pada tahun ini ialah kita turut disertai pasukan JMF dari Johor.

"Mereka akan mengambil bahagian bersama aset dan pasukan seramai 100 anggota," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau latihan pertama persembahan grafik manusia yang akan melibatkan 1,500 murid.

Menurut Fahmi, satu lagi pembaharuan pada tahun ini ialah aset ketenteraan dan polis akan dipamerkan secara tetap di Dataran Floria, kawasan Monumen serta Dataran Aman.

Pendekatan itu membolehkan orang ramai melihat aset berkenaan dari jarak dekat tanpa perlu menunggu di tepi jalan seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan jumlah penaja sambutan Hari Kebangsaan meningkat kepada 139 pada tahun ini dengan nilai sumbangan melonjak sebanyak 118 peratus berbanding tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar sumbangan tersebut akan dimanfaatkan untuk orang ramai dan bukan hanya kepada peserta persembahan.

Ia termasuk makanan serta pelbagai produk yang akan diedarkan pada awal pagi 31 Ogos.

Mengulas mengenai persembahan grafik manusia, Fahmi berkata, seramai 1,500 murid daripada 36 sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sudah menjalani latihan di lokasi sebenar buat kali pertama.

Raptai penuh dijadualkan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini, manakala orang ramai dipelawa hadir menyaksikannya pada Sabtu.

Ahad pula ditetapkan sebagai hari rehat untuk semua peserta sebelum acara kemuncak pada Isnin.

Menurut Fahmi, persiapan sambutan kini sudah melebihi 70 peratus dan dijangka mencapai antara 80 hingga 90 peratus dalam tempoh beberapa hari lagi.

Kerja-kerja menyiapkan tempat duduk bertingkat dan Pentas Diraja masih giat dijalankan.

Pada masa sama, pihak penganjur sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku jerebu.

Garis panduan itu akan dimuktamadkan bersama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Bagi memudahkan perjalanan pengunjung, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) akan beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos.

Perkhidmatan teksi air secara percuma juga kembali ditawarkan buat tahun ketiga.

Lebih 80,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. -The Star

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk