SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu dalam sebuah program.Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.50 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh. Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dalam kejadian pukul 10.50 pagi Sabtu, mangsa dipatuk pada jari tangan kanan sebelum keluar dari dewan untuk mencuci bahagian berkenaan.Mangsa kemudian pitam di luar dewan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut di Temerloh pada pagi Ahad.