suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak dapat datang Hari Usahawan… ‘Uncle’ Anwar hantar wakil PMO tunaikan jemputan murid cilik

Wakil PMO hadir mewakili Perdana Menteri memeriahkan Hari Usahawan Cilik Sekolah As-Sakeenah USJ 21. -Gambar aqilkmzmn

HASRAT seorang murid cilik menjemput Perdana Menteri menghadiri program di sekolahnya dengan menghantar mesej di laman sosial mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kisah mencuit hati itu dikongsikan seorang guru dari Sekolah As-Sakeenah USJ 21 di Subang Jaya, Selangor menerusi media sosial memberitahu kanak-kanak itu pada awalnya bertanya sama ada dia boleh mengajak Anwar hadir ke Hari Usahawan Cilik sekolah mereka. 

Sebagai galakan, guru berkenaan kemudian menawarkan 100 markah sekiranya Perdana Menteri hadir pada acara tersebut yang berlangsung pada Sabtu.

Namun apa mencuri perhatian, kanak-kanak itu dalam mesejnya membahasakan Anwar dengan panggilan ‘Uncle’.

“Assalamualaikum, boleh tak Uncle Anwar sokong sekolah kami, sekolah kami dekat As-Sakeenah USJ21.

“Kita ada buat Hari Kantin, Uncle Anwar datanglah hari Sabtu ini 22/8/2026. Semoga datang, Amin. Datang tau,” tulisnya. 

Walaupun Anwar tidak dapat hadir secara fizikal kerana berada di Brunei pada Sabtu, beliau tetap membalas jemputan berkenaan menerusi Threads.

“Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu saya di Brunei.

“Saya doakan Hari Kantin taska berjalan lancar. Jangan beli jajan banyak sangat,” balas Anwar.

Balasan itu membuatkan murid terbabit teruja, malah guru berkenaan mengakui tidak menyangka mesej mereka mendapat respons Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kejutan tidak berakhir di situ apabila Anwar turut menghantar wakil dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk hadir memberikan sokongan kepada program Hari Usahawan Cilik As-Sakeenah.

"Alhamdulillah 'Uncle Anwar' hantar wakil dari PMO untuk datang support Hari Usahawan Cilik As Sakeenah," katanya.

Menerusi perkongsian terbaharu, guru berkenaan berseloroh mengenai murid yang ‘meng-Unclekan’ Anwar, selain berkongsi reaksi terkejutnya ketika menerima kunjungan wakil PMO.

 

Artikel Lain