suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlanggar kayu atas jalan, guru wanita dan anak maut MPV jatuh dalam gaung

Keadaan MPV dinaiki tiga sekeluarga yang terbabas ke dalam gaung dekat Jalan Kuantan-Seremban dalam kejadian pada Rabu malam. -Foto IPD Rompin

SEORANG guru wanita bersama anak lelakinya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Seremban, dekat Kampung Bukit Serok, Muadzam Shah, Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Kartine Ngatenan, 46, guru di sebuah sekolah di Seremban, dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi, 6, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan.

Sementara itu pemandu yang juga suami Kartine, Mohd Azmi Mohahir, 47, pula parah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata ketika kejadian, tiga sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke Felda Keratong 1, Muadzam Shah.

"Hasil siasatan mendapati MPV terbabit dipercayai terlanggar kayu di atas jalan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di kanan jalan," katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu. 

Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dengan permukaan jalan rata dan kering.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Lain