suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta terbabas rempuh medan selera, wanita maut dihempap tiang besi

Pemandu lelaki dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum merempuh kawasan tempat makan.

SEORANG wanita maut selepas ditimpa tiang besi yang dilanggar sebuah kereta terbabas ke ruang makan sebuah medan selera di Bandar Mahkota Cheras di Kajang, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian bermula apabila pemandu lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum merempuh kawasan tempat makan.

Menurutnya, ketika pemandu cuba melarikan kenderaan dari lokasi, mangsa berusia 47 tahun berlari ke arah kereta berkenaan bagi menghalang pergerakannya.

Bagaimanapun, kenderaan itu kemudian melanggar tiang berhampiran menyebabkan struktur berkenaan tumbang tepat ke arah mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu terbabit ditahan dan kini menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran.

Polis turut mengesahkan lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

 

Artikel Lain