suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepuluh cedera naik ‘roller coaster’ di Subang Jaya

Wan Azlan mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan insiden di sebuah taman tema di Subang Jaya.

DETIK menyeronokkan menaiki permainan roller coaster bertukar cemas apabila 10 pengunjung cedera dalam satu kemalangan di sebuah taman tema di Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 pagi, Ahad.

Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam Sabtu ketika 22 pengunjung tempatan dan warga asing sedang menaiki permainan berkenaan.

Kesemua pengunjung yang terlibat berusia antara 11 hingga 44 tahun.

"Siasatan awal mendapati 10 daripada pengunjung mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

"Mangsa dibawa ke beberapa kemudahan perubatan di sekitar Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Wan Azlan berkata, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kematian dilaporkan.

Bagaimanapun, punca serta keadaan sebenar yang mencetuskan kemalangan itu masih dalam siasatan polis.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk