PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) akan dikembalikan semula kepada 300 liter.Menurut Anwar, ia akan berkuat kuasa seawal 1 September, sekali gus bakal memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna petrol jenis RON95 di negara ini. "Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas BUDI95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan."Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan," ujarnya.Keputusan itu akan berkuat kuasa seawal 1 September.Anwar berkata demikian sewaktu menyampaikan Amanat Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2026 pada Ahad petang.Menurut Anwar lagi, keputusan terbaharu itu juga akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan diesel.ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan laraskan BUDI95 kepada 200 liter sebulan buat sementara, harga kekal RM1.99"Lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan,"ujarnya lagi.26 Mac lalu, Anwar mengumumkan BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, bermula 1 April.Pengumuman itu dibuat susulan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada waktu itu.