PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan enam ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutamanya berkaitan kos sara hidup serta tekanan seharian.Anwar membuat pengumuman itu sewaktu menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan yang disiarkan secara langsung di seluruh negara pada Ahad petang. "Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. "Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027," ujarnya.Berikut merupakan enam ikhtiar yang diumumkan:1. Budi MadaniKuota Budi Madani RON95 (BUDI95) akan dikembalikan semula kepada 300 liter, berkuat kuasa seawal 1 September.Sebelum ini, kuota asal 300 liter dikurangkan kepada 200 liter sejak 1 April susulan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia.2.Penyelenggaraan sekolahUntuk tahun 2027, Anwar mengumumkan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan prasarana untuk semua jenis sekolah dinaikkan kepada RM1.5 bilion.Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invois dari RM1 juta kepada RM3 juta.Untuk rekod, peruntukan penyelenggaran sekolah untuk tahun 2026 berjumlah RM1 bilion.3. Program AI percuma untuk rakyatProgram kecerdasan buatan (AI) akan dibuka kepada seluruh rakyat berumur antara 18 sehingga 30 tahun mulai Selasa ini.Seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka secara percuma selama tiga bulan.4. Memperkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awamKerajaan turut memperuntukkan RM1 bilion bagi mempercepatkan urusan rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu menerusi sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) & ketersambungan WiFi di fasiliti kesihatan awam.Peruntukan RM1 bilion ini melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Kuota BUDI95 kembali dinaikkan kepada 300 liter berkuat kuasa 1 September5. Menaikkan Ambang e-Invois kepada RM3 jutaAnwar berkata kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invois dari RM1 juta kepada RM3 juta.Dengan keputusan ini, perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencatat jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invois.6. Pembiayaan Mikro dan Geran Sejahtera Madani untuk peniaga kecilGeran Sejahtera MADANI bernilai RM200 juta diperkenalkan bagi membantu penjaja, peniaga kecil dan pasar malam serta bakal memberi manfaat kepada ibu yang bekerja dari rumah.