suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiap minggu datang dua hingga tiga kali... Remaja 18 tahun ditangkap khalwat dalam bilik sewa duda 40-an

Pasangan bukan mahram dilarang berdua-duaan kerana dibimbangi membuka ruang kepada perbuatan yang tidak diingini. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berstatus duda dua anak ditangkap khalwat bersama gadis berusia 18 tahun dalam sebuah bilik sewa di rumah kedai di Pasir Gudang, Johor, awal pagi Ahad.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi itu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Serbuan dilakukan susulan aduan orang awam yang sering melihat kelibat gadis terbabit di bilik sewa berkenaan.

"Ketika diketuk, pintu dibuka oleh seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan t-shirt. Keadaan dalam bilik gelap. 

"Selepas suis dibuka, kelihatan seorang wanita terbaring di atas katil bujang dengan memakai seluar pendek paras paha dan T-shirt ketat. 

"Penguatkuasa juga melihat seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur di bawah beralaskan selimut tebal," menurut kenyataan JAINJ.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda, tukang paip dicekup berkhalwat jam 1 pagi… Beri alasan ‘repair’ tangki air

Tambahnya, keadaan katil dan tilam bujang di bilik sewa berkenaan juga berselerak.

"Apabila ditanya kenapa wanita itu datang ke situ, katanya untuk tolong kemas rumah," ujarnya.

JAINJ turut memaklumkan kanak-kanak berkenaan memanggil gadis itu dengan panggilan 'mama'.

Selepas disoal siasat, lelaki berusia 40-an itu mengaku belum berkahwin dengan pasangannya, manakala kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu adalah salah seorang anaknya daripada perkahwinan terdahulu.

"Lelaki itu bekerja di Pasir Gudang dan sudah bercerai, dengan seorang lagi anak dijaga oleh bekas isteri. 

"Wanita ini (pasangan) duduk dengan keluarga dan rumahnya sekitar 15 kilometer sahaja dari sini.

"Menurut pengadu, bilik ini disewa oleh lelaki tersebut bersama anaknya. Bagaimanapun, wanita ini selalu datang. Seminggu hingga dua atau tiga kali," menurutnya.

Susulan serbuan tersebut, pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berkhalwat.

Artikel Lain