suria

Janda, tukang paip dicekup berkhalwat jam 1 pagi… Beri alasan ‘repair’ tangki air

Penguat kuasa JAINJ komited banteras maksiat. -Gambar hiasan

 

SEORANG wanita berstatus janda ditangkap khalwat bersama lelaki bujang berusia lingkungan 40-an di sebuah rumah di Mersing, Johor.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Serbuan dilakukan susulan aduan orang awam yang sering melihat kelibat lelaki terbabit di rumah berkenaan.

Menurut JAINJ, pengadu memaklumkan lelaki tersebut telah banyak kali datang ke rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

"Pengadu baru membuat aduan kerana (kehadiran) lelaki itu semakin menjadi-jadi.

"Pada hari kejadian, lelaki itu dikatakan masuk ke rumah antara pukul 9 hingga 10 malam sebelum ditangkap pada pukul 1 pagi.

"Rumah lelaki ini jaraknya lebih kurang 20 kilometer dan dia tinggal bersama keluarga," ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah JAINJ, ketika serbuan dilakukan, lelaki yang bekerja sebagai tukang paip menyatakan dia sedang membuat pembaikan tangki di rumah wanita berusia lingkungan 40-an itu.

Malah, dia turut menunjukkan tangki air di sebelah dapur bersama alatan yang digunakan kepada penguat kuasa.

"Pintu dibuka oleh seorang wanita yang mengenakan baju tidur nipis paras paha dan bertali halus di bahu.

"Ditemui seorang lelaki yang berseluar pendek sedang memakai baju-T.

"Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku bukan mahram mahupun suami isteri suami isteri tetapi telah bertunang dan bakal bernikah beberapa bulan lagi.

"Lelaki terbabit menyatakan dia datang bagi membetulkan tangki air yang rosak," tambahnya.

Susulan serbuan tersebut, pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berkhalwat.

 

 

Artikel Lain