PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa perkara baharu dalam sistem pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya pada Selasa.Berikut mStar senaraikan tiga pembaharuan yang diumumkan oleh Anwar dalam ucapannya hari ini: 1. Pengukuran Pembelajaran Tahun EmpatBerkuat kuasa pada tahun ini, kerajaan akan memperkenalkan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat.Menurut Anwar, ia merangkumi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala Sejarah akan dimasukkan pada 2027 menjadikan keseluruhan sebanyak lima subjek.Menurut Anwar, Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat ini membolehkan murid-murid sekolah rendah lebih bersedia sebelum melangkah ke tingkatan satu.Anwar mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu mulai 2027.“Guru-guru (kena) ingat, tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam?“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, (dalam masa) dua tahun (selepas itu) iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.2. Pengukuran Pembelajaran Tingkatan TigaBagi pelajar sekolah menengah pula, Anwar berkata Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga akan dilaksanakan bermula tahun 2027.Ia melibatkan lima subjek iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak umur 6 tahun boleh daftar darjah satu mulai 2027 - Anwar"Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat. "Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia," ujar Anwar lagi.3. Perubahan usia darjah satuAnwar turut mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu pada tahun 2027.Namun kata Anwar, ketetapan itu belum lagi diwajibkan pada tahun 2027 dan ia bergantung kepada ketersediaan ibu bapa dalam membuat keputusan untuk anak masing-masing."Sekarang ni anak-anak masuk sekolah darjah satu umur tujuh tahun. Mulai tahun depan, pra-sekolah (umur) lima tahun, darjah satu (pada usia) enam tahun"Untuk tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana ada ibu bapa yang rasa anak-anak belum bersedia."Masih boleh masuk darjah satu pada usia tujuh tahun. Tapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah," ujarnya lagi.