suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tanda kasih dari Palestin... 69 layang-layang hiasi langit Gaza sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia!

69 layang-layang diterbangkan di Gaza sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

PENDUDUK Palestin menzahirkan rasa kasih dan penghargaan mereka kepada negara ini dengan menerbangkan 69 buah layang-layang di ruang udara Gaza, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69.

Antara yang mencuri perhatian, terdapat layang-layang berbentuk heksagon [Tonton Video] yang dilukis dengan corak Jalur Gemilang oleh kanak-kanak Gaza.

Menerusi video yang dikongsi menerusi akaun Instagram Cinta Gaza Malaysia Official pada Isnin pagi, bendera Jalur Gemilang turut dilihat berkibar di pantai Gaza.

"Sebanyak 69 layang-layang diterbangkan di langit Gaza sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang rakyat Gaza terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa teguh membantu perjuangan rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

Kesemua layang-layang itu dihasilkan sendiri oleh rakyat Palestin. 

"Dari jantung Gaza, Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia! Video ini dirakam sebelum rejim haram Israel mengharamkan permainan layang-layang di Gaza," tulis pengendali akaun Instagram itu.

Menerusi video sama, seorang jurucakap wanita turut menzahirkan ucapan penghargaan atas sokongan rakyat Malaysia buat penduduk Palestin.

"Terima kasih kerana sentiasa berdiri bersama kami, sokongan anda memberi kami kekuatan. Dari Gaza ke Malaysia, semoga anda sentiasa kekal sebagai negara yang bebas, bangga dan cintakan keamanan. 

"Semoga cinta sentiasa menjadi jambatan yang menghubungkan kita, tidak kira betapa jauhnya jarak kita," ujar wanita itu.

Artikel Lain