suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja nak ambil gambar perarakan Hari Kebangsaan, kaki budak 3 tahun digilis tayar kenderaan bomba

Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kecederaan berkenaan. -Foto FB HSNZ

KETERUJAAN seorang kanak-kanak lelaki melihat aset pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Kebangsaan akhirnya bertukar detik cemas apabila dia mengalami kecederaan pada kaki kiri akibat digilis tayar kenderaan yang membawa bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut ibu mangsa, Puteri Anis Athirah Wan Rosli, 36, kejadian berlaku di hadapan Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, kira-kira pukul 9.45 pagi.

Ujar wanita tersebut, anaknya, Che Ku Muhammad Khairul Amir Che Ku Mohd Khairul Azlan, terjatuh ketika kenderaan pacuan empat roda yang menunda bot berkenaan mula bergerak perlahan.

"Masa kenderaan membawa bot tu berhenti beberapa kali di depan Wisma Persekutuan, anak perempuan saya yang berumur tujuh tahun, Che Ku Nur Amirah, berlari ke depan nak ambil gambar.

"Anak lelaki saya pun ikut sekali. Anggota bomba sebenarnya dah cuba tolak sedikit anak saya ke bahu jalan demi keselamatan sebelum mereka bergerak.

"Tapi anak saya secara tidak sengaja tiba-tiba jatuh tersembam sampai kakinya masuk bawah tayar yang baru nak bergerak," katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tambahnya, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan dia bergegas mengangkat anaknya sejurus insiden berkenaan.

Wanita itu bersyukur kerana anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman atau pada bahagian tulang. 

Namun ujarnya, doktor pakar kanak-kanak masih lagi membuat pemantauan lanjut.

Dia bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kejadian berlaku tanpa disengajakan kerana keterujaan anak lelakinya. -The Star

Artikel Lain