GARA-GARA tergamak memukul bapa kandung sehingga mengalami cedera parah, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu di Kelantan pada Selasa.Tertuduh Muhamad Zarid Danial Rahim, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, dia yang merupakan buruh di ladang kelapa sawit didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas bapa kandung, Rahim Mamat, 58, dengan menggunakan buah cempedak di sebuah rumah di Kampung Sungai Johar dekat Kuala Krai pada 13 Ogos lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan prosiding jatuh hukum.