SEORANG murid Tahun Enam maut selepas motosikal ditunggangnya tersepit antara dua lori dalam kemalangan di Masjid Batu 3, Jalan Jeniang, Gurun, Kedah, pada Khamis. Mangsa dalam kemalangan tragis itu dikenal pasti sebagai Muhammad Ilham Firdaus Mohamad Iruan, 12, yang bersekolah di sebuah sekolah rendah di Pendang.Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 petang itu turut menyebabkan rakan mangsa berusia 14 tahun yang membonceng motosikal berkenaan tercampak ke jalan raya.Jelas beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta membrek secara mengejut selepas lampu isyarat bertukar merah.Susulan itu, sebuah lori yang berada di belakang kenderaan tersebut terpaksa membrek secara mengejut sekali gus mengakibatkan bahagian muatannya terbabas lalu menghimpit motosikal mangsa.Situasi yang berlaku itu menyebabkan mangsa tersepit berhampiran tayar belakang antara kedua-dua lori terbabit, manakala rakannya tercampak ke atas jalan."Mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kedua-dua paha, manakala pembonceng cedera pada tangan serta kaki," ujarnya.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk bedah siasat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -The Star