suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Rider’ diheret ke mahkamah gara-gara tipu transaksi guna kod QR palsu... Didakwa ‘joli’ duit beli rokok, makanan di stesen minyak

Pelaku berdepan tindakan undang-undang jika didapati bersalah melakukan penipuan. -Gambar hiasan

SEORANG penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas enam pertuduhan menipu dengan menggunakan paparan transaksi pembayaran kod QR palsu.

Mohammad Ruzaini Ruzi, 26, didakwa menggunakan wang yang diperoleh menerusi kod berkenaan untuk membeli pelbagai barangan berjumlah RM356.50 pada awal tahun ini.

Dia membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman pada Jumaat.

Tertuduh didakwa memperdaya dua individu dengan jumlah antara RM36.40 hingga RM67.20 yang tidak sepadan dengan transaksi sebenar sebelum menggunakan wang berkenaan untuk membeli rokok, makanan dan minuman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak di sini antara 19 Januari hingga 3 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes. - The Star.

Artikel Lain