suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh kasari budak 2 tahun, tekup mulut minta berhenti menangis... Polis buka kertas siasatan

Seorang pengasuh bertindak kasar dengan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menagis. -Gambar tangkap layar video tular

POLIS membuka kertas siasatan susulan penularan rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dikasari pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Mentakab, Pahang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian membabitkan mangsa berusia dua tahun pada Sabtu.

Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada ibu kanak-kanak terbabit, berusia 29 tahun pada pukul 6 petang pada hari yang sama.

“Ibu mangsa memaklumkan anak perempuannya berusia dua tahun dihantar ke pusat asuhan berkenaan.

“Pengadu mendakwa mangsa menerima layanan kasar pengasuh di taska itu,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Nasyim berkata, susulan laporan itu, kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti kejadian sebenar serta tindakan lanjut terhadap pihak terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 18 saat seorang pengasuh meminta kanak-kanak yang sedang menangis supaya diam.

Dia kemudian dipercayai dikasari pengasuh berkenaan sebelum mulutnya ditutup.

Terdapat dua wanita lain dipercayai pengasuh turut berada berhampiran mangsa bersama dua lagi kanak-kanak.

Artikel Lain