suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge 

Pemeriksaan kesihatan penting sebelum menyertai mana-mana pertandingan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Pahang pada Jumaat.

UiTM Cawangan Pahang memaklumkan mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal merupakan peserta dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan menyertai acara itu yang bermula sejak 2 September lepas.

“Pengurusan UiTM menzahirkan rasa amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry, peserta KKEC 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

“Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham,” kata UiTM Cawangan Pahang menerusi kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, pihak pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan, serta keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan tanpa sebarang kesulitan.

Selain itu, katanya, pihak penganjur turut menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan.

“Untuk makluman, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia ini berlangsung dari 2 hingga 8 September 2026 di UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

“Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, terdapat beberapa peserta terdahulu yang diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut.

 

Artikel Lain