Sekumpulan anjing dipercayai liar atau terbiar itu dikatakan menyerang kanak-kanak perempuan dua tahun.
SEORANG kanak-kanak perempuan cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing liar pada Sabtu pagi.Mangsa yang berusia dua tahun 10 bulan itu dipercayai berada di hadapan rumah keluarganya di Peserai, Batu Pahat, Johor ketika serangan berlaku pada pukul 7 pagi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati anjing yang menyerang mangsa adalah haiwan liar di kawasan tersebut."Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada hampir keseluruhan tubuhnya," katanya pada Ahad.Menurutnya, mangsa pada mulanya dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.Tambah Shahrulanuar, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan. -The Star