suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu teruk, operasi SAR nahas helikopter KKM terpaksa guna jalan darat… Harap bantuan penduduk kampung cari 5 mangsa

Keadaan helikopter sebelum dilaporkan terhempas.

 

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan bagi mengesan lima mangsa nahas helikopter yang terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak, pada Selasa.

Walau bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan bahawa, perkhidmatan udara menggunakan helikopter tidak dapat digunakan memandangkan cuaca berjerebu.

Malah pihaknya tidak mendapat kebenaran terbang daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Pengkalan Udara PDRM Kuching.

"Operasi SAR masih diusahakan memandangkan kawasan kejadian agak terpencil dan mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan darat dari Marudi," ujarnya sambil mengesahkan insiden berlaku pada pukul 3.32 petang.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter doktor udara terhempas, nasib lima penumpang belum diketahui

Susulan itu pencarian ketika ini bergantung penuh kepada bantuan penduduk kampung, anggota Rela serta polis bantuan di Lapangan Terbang Long Lellang.

"Pasukan mencari dan menyelamat akan seberapa segera tiba di lokasi kejadian. Butiran penumpang yang terlibat akan disahkan kemudian," katanya.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, terdapat lima individu berada dalam helikopter berkenaan.

"Helikopter tersebut merupakan milik sebuah syarikat yang disewakan untuk memberikan perkhidmatan doktor udara di tiga lokasi dari Miri ke Ba Lai, Long Siut dan Long Lellang, Marudi, Sarawak.

"Status kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang.

Penumpang terlibat merupakan petugas perubatan bagi program Perkhidmatan Doktor Udara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juruterbang.

Artikel Lain