suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panggilan KKM sebelum Maghrib bawa berita duka… Suami terima perkhabaran Dr Ainul Baroah terkorban nahas helikopter

Dr Ainul (tengah) antara lima mangsa nahas helikopter terhempas.

BERITA duka mengenai doktor wanita yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa diterima oleh suaminya  sebelum masuk waktu Maghrib.

Perkara pilu itu dikongsikan oleh biras mangsa, Nureez Mohd Pauzi, yang kini dalam perjalanan ke Miri bersama keluarga mentua bagi menguruskan jenazah Allahyarham Dr Ainul Baroah Kamaruddin.

Menurut Nureez, abang iparnya menerima maklumat mengenai tragedi itu secara berperingkat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula kira-kira pukul 4 petang.

"Suami Dr Ainul ada maklumkan pada keluarga sekitar pukul 4 lebih, masa KKM mula-mula hubungi beritahu pasal nahas.

"Pihak KKM kemudian hubungi sekali lagi dan sahkan (kematian) sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Nureez, suami Allahyarham, Ustaz Faiz kemudiannya turut menerima panggilan pengesahan daripada seorang rakan isterinya yang dikenali sebagai Hijrah.

Menerusi panggilan tersebut, suami mangsa dimaklumkan bahawa Dr Ainul disahkan meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

"Suaminya beritahu Hijrah yang telefon dan mengesahkan kematian Dr Ainul," tambahnya sambil memaklumkan mangsa merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Dalam kejadian petang Selasa, sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF terhempas berhampiran Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Pendek (STOLport) Long Lellang di pedalaman Baram, Sarawak.

Helikopter yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace itu sedang melaksanakan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dari Miri dengan membawa lima individu termasuk juruterbang.

Empat petugas KKM yang berada di dalam helikopter tersebut terdiri daripada seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

 

 

Artikel Lain