SEMUA lima individu termasuk seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut dalam nahas helikopter di Sarawak.Tragedi berdarah itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Pendek (STOLport) Long Lellang.Kesemua mangsa disahkan maut dalam nahas petang Selasa. Pengesahan mengenai kematian kesemua mangsa dibuat oleh Residen Miri, Galong Luang.Terdahulu, sebuah helikopter BO-105 membawa lima individu termasuk juruterbang, dilaporkan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan KKM sebelum Maghrib bawa berita duka… Suami terima perkhabaran Dr Ainul Baroah terkorban nahas helikopterPihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan mengesahkan menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada pukul 3.58 petang. -The Star