suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janna Nick bangga asal usul, budak kampung belajar di London

Janna kini merupakan graduan filem di sebuah universiti luar negara.

PELAKON Janna Nick tidak pernah melupakan asal usulnya sebagai anak kampung meskipun berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di United Kingdom (UK).

Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata pengalaman melanjutkan pengajian di London tidak pernah mengubah identiti dirinya, malah dia bangga dengan latar belakang tersebut.

"Saya tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat kampung supaya dapat mendalami kisah dan cerita mereka.

"Belajar di London tidak bermakna perlu melupakan siapa diri saya," katanya.

Janna tidak sabar untuk mendalami cerita masyarakat kampung.

Janna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick belum terfikir ‘comeback’ berlakon, kejar cita-cita jadi pengarah terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Janna Nick tamat belajar di UK dengan keputusan cemerlang, setahun sorok pengajian bimbang penyakit ain

Dalam pada itu, Janna menegaskan dia sentiasa menerima latar belakangnya dengan bangga dan tidak menganggap gelaran anak kampung sebagai sesuatu yang perlu disembunyikan.

"Budak kampung, tetap budak kampung walaupun belajar di London.

"Ya, saya memang budak kampung dan saya bangga menjadi budak kampung.

Janna sebelum ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman di UK.

"Ia sebahagian daripada identiti diri saya dan saya akan sentiasa menerimanya dengan bangga," ujarnya.

Sebelum ini ketika ditemu buat mStar, Janna memaklumkan sudah menamatkan pengajian dalam jurusan Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom dengan keputusan cemerlang. 

Menurut Janna, dia kini lebih teruja untuk meneroka peluang baharu dalam bidang pengarahan berbanding kembali aktif di hadapan kamera.

Artikel Lain