suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua lima mangsa ditemukan terkorban, jasad hangus dalam helikopter buatan 1991

Empat dari lima mayat mangsa helikopter ditemukan pada Rabu. -Gambar JBPM Sarawak

KESEMUA lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Marudi, Sarawak ditemukan di dalam bangkai pesawat yang hangus terbakar pada Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan barangan peribadi yang ditemukan, namun proses pengecaman rasmi akan dilakukan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat iaitu Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Mohamad Zainal berkata, kesemua mayat akan diterbangkan ke Hospital Miri bagi menjalani proses bedah siasat dan ujian DNA.

Siasatan di lokasi nahas turut dijalankan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama pasukan Operasi Taktikal Khas dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri.

Seramai 67 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Sopan... salam nak naik, salam nak turun” - Anwar hubungi bapa Kapten Zainol Afiq, sebak kenang wira bantu masa susah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa Datuk Seri patut tahu” - Kru penerbangan utus mesej buat Anwar, kenang sifat baik Kapten Zainol Afiq

Mengulas kronologi penerbangan, Mohamad Zainal berkata, helikopter berkenaan berlepas dari Miri pada pukul 10.21 pagi Selasa sebelum mendarat di Ba Lai pada pukul 11.39 pagi bagi menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS).

Helikopter itu kemudian berlepas menuju Long Siut pada pukul 1.41 tengah hari dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian untuk mengisi minyak.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 3.21 petang, helikopter berkenaan dipercayai mengalami kemalangan ketika menghampiri Lapangan Terbang Padang Terbang Berlepas dan Mendarat Pendek (STOLport) Long Lellang sebelum terhempas di penghujung landasan.

Pasukan FDS itu sepatutnya bermalam di Long Lellang sebelum meneruskan penerbangan ke Tanjong Durian pada Rabu bagi menjalankan tugasan.

Helikopter jenis BO-105 S buatan Jerman itu dibina pada 1991 dan digunakan untuk membawa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Sarawak sejak 2009.

Sepanjang tempoh berkenaan, helikopter itu digunakan bagi menyokong perkhidmatan kesihatan terutama di kawasan Miri, Bintulu, Limbang, Marudi dan Bario. -The Star

Artikel Lain