Berehat di rumah ketika hujung minggu tanpa melakukan aktivit berat bukan tanda malasa tetapi proses aktif yang diperlukan sistem otak kita. -Gambar hiasan AI
SELEPAS lima hari memerah otak dan tenaga di tempat kerja, ramai daripada kita pastinya teruja dengan kehadiran hujung minggu untuk berehat di rumah.Bagaimanapun pasti ada terdetik rasa bersalah dalam diri untuk bermalas-malasan di dalam bilik tanpa melakukan sebarang aktiviti yang produktif. Perasaan itu lebih mengganggu apabila melihat perkongsian rakan-rakan di media sosial yang menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti sosial seperti menyertai acara larian, bersukan, memancing atau melakukan cafe hopping.Tapi tahukan anda sebenarnya perasaan bersalah itu langsung tidak berasas kerana dalam bidang neurosains, bermalas-malasan itu adalah proses aktif yang diperlukan sistem otak manusia.Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang juga pengkaji dalam bidang neurosains pendidikan, ryadh.phd.Menerusi hantaran tersebut, dia menggariskan lima sebab kenapa waktu hujung minggu seharusnya digunakan untuk bermalas-malasan atau berehat.1. Pemulihan kognitifOtak kita memerlukan masa untuk pulih selepas tenaga dan kemampuan berfikir atau cognitive resources diperah habis-habisan ketika bekerja sepanjang minggu. Kognitif ialah sistem keupayaan otak untuk berfikir, belajar, mengingati, dan memahami sesuatu maklumat.Anda tidak perlu memenuhkan setiap waktu dengan aktiviti produktif kerana aktiviti bertekanan rendah ini juga memberikan ruang untuk pemulihan otak secara menyeluruh.2. Mengurangkan beban kognitif Ketika bekerja, otak anda tentunya sarat diisi dengan limpahan maklumat termasuk dalam proses membuat keputusan serta pelbagai tuntutan tugas. Dengan mengurangkan beban kognitif pada hari minggu, anda memberi peluang keemasan kepada sistem perhatian dan fokus otak untuk berehat daripada sebarang tekanan.3. Memulihkan kawalan fokusFokus yang dipaksa bekerja sepanjang minggu kerap menjadi terabai dan terfragmentasi akibat gangguan kerja, notifikasi telefon, dan pelbagai stimulus lain. Suasana yang lebih tenang pada hujung minggu berupaya menyegarkan semula kawalan fokus atau attentional control, iaitu kemampuan otak untuk kembali fokus mengarah dan mengawal perhatian.4. Memberi ruang kognitif Waktu lapang tidak semestinya perlu diisi dengan sebarang sasaran aktiviti atau tugasan baru. Ruang kognitif, iaitu keupayaan otak untuk memproses maklumat, berfikir secara mendalam, dan memulihkan sel-selnya hanya boleh berfungsi secara optimum apabila tuntutan luaran dapat dikurangkan.5. Bersedia untuk kitaran seterusnya Proses pemulihan bukanlah musuh kepada produktiviti, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada kitaran produktiviti itu sendiri. Aktiviti ringan seperti tidur secukupnya, berjalan santai, mendengar muzik, membaca bahan ringan, atau hanya berbaring tidak berbuat apa-apa akan mempersiapkan sumber kognitif atau cognitive resources anda untuk melangkah ke minggu baharu dengan lebih segar.