SERAMAI lapan muka baharu dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) daripada keseluruhan 21 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka sempena PRN Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu. Lapan calon baharu yang diperkenalkan ialah Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid di Lendu, Ahmad Norazril Abd Aziz (Rembia), S Nadarajah (Gadek), Datuk Dr Mustafa Musa (Durian Tunggal) dan Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu).Selain itu, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Ayer Molek), Datuk Azman Abdullah (Serkam) dan Jezlee Pit (Sungai Rambai).Berikut senarai penuh calon BN bagi PRN Melaka:1. N01 Kuala Linggi – Datuk Rosli Abdullah2. N02 Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh3. N03 Ayer Limau – Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer4. N04 Lendu – Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid5. N05 Taboh Naning – Datuk Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zin6. N06 Rembia – Ahmad Norazril Abd Aziz7. N07 Gadek – S Nadarajah8. N08 Machap Jaya – Datuk Ngwe Hee Sem9. N09 Durian Tunggal – Datuk Dr Mustafa Musa10. N10 Asahan – Datuk Fairul Nizam Nizam Roslan11. N11 Sungai Udang – Datuk Rais Yasin12. N12 Pantai Kundor – Datuk Tumimah Kadi@Hashim13. N14 Kelebang – Datuk Lim Ban Hong14. N15 Pengkalan Batu – Siti Aisyah Mahmood15. N18 Ayer Molek – Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali16. N21 Duyong – Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem17. N23 Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman18. N25 Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar19. N26 Serkam – Datuk Azman Abdullah20. N27 Merlimau – Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh21. N28 Sungai Rambai – Jezlee PitPRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November depan, dengan penamaan calon pada 31 Oktober ini.Manakala proses pengundian awal ditetapkan pada 10 November.Pada PRN Melaka ke-15 pada 2021, BN menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.Perikatan Nasional (PN) pula memenangi dua kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi menerusi DAP yang memenangi empat kerusi dan Amanah satu kerusi.PKR pula gagal memenangi sebarang kerusi DUN pada pilihan raya berkenaan, sekali gus tidak berjaya menyumbang kerusi kepada PH.