suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaskia Adya Mecca turun padang padam kebakaran hutan di Kalimantan

Zaskia menjadi sukarelawan membantu memadam kebakaran hutan di Kalimantan.

PELAKON  Zaskia Adya Mecca sanggup turun padang membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah (karhutla) yang berlaku di Kalimantan, Indonesia.

Menerusi perkongsian di Threads, Zaskia memaklumkan dia sudah memasuki hari keempat berada di Palangkaraya, Kalimantan Tengah bagi membantu usaha memadamkan kebakaran berkenaan.

Kata Zaskia, pengalamannya berada di lokasi kejadian membuatkan dia semakin memahami kaedah memadamkan api di kawasan tanah gambut.

Zaskia membantu usaha memadamkan kebakaran di Indonesia.

Malah, dia berharap kehadirannya dapat membantu meringankan tugas sukarelawan lain yang turut berusaha menangani kebakaran itu.

“Hari keempat di Palangkaraya, alhamdulillah, semakin ramai kenalan dan semakin memahami cara memadamkan api dengan betul. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dah hilang sabar, bengang isu kebakaran hutan Indonesia... Netizen puji ‘ini baru green flag’

ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio bimbang isu kebakaran hutan Indonesia makin parah

"Saya juga tahu apa yang perlu dilakukan supaya dapat memberikan manfaat serta meringankan tugas sukarelawan lain. Beginilah rutin para pejuang langit biru,” tulisnya. 

Dalam video yang dikongsikan, Zaskia dilihat mengenakan pakaian serba hitam lengkap dengan pelitup muka, cermin mata keselamatan dan kasut but ketika berada di lokasi kebakaran.

Dia turut dilihat memegang hos air bagi membantu memadamkan api di tengah-tengah kepulan asap tebal sebelum mengesat peluh selepas menjalankan tugas tersebut.

Artikel Lain