PELAKON Jefri Nichol meluahkan rasa berang terhadap isu kebakaran hutan yang melanda Indonesia sehingga memberi kesan kepada orang ramai, termasuk negara jiran.Jefri menerusi hantaran di Threads mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan selain mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dikenakan tindakan. "Perusahaan mana pula yang akhirnya ditetapkan sebagai suspek dalam kes pembakaran hutan?"Rakyat diseksa macam ini, macam Nazi. Rejim ini nak mengasapkan orang sampai mati. Netizen puji sikap Jefri berani bersuara tentang isu kebakaran di Indonesia."Nak mengadu kepada siapa kalau yang membiarkan perkara ini berlaku pun orang-orang dalam kerajaan?" katanya. Dalam pada itu, pelakon filem Dear Nathan itu menyatakan rasa kecewa apabila setiap hari melihat laporan mengenai mangsa yang terjejas akibat kejadian berkenaan."Penat sangat aku tengok setiap hari ada saja mangsa akibat kecuaian kerajaan membuat keputusan bodoh. Mesti ada pihak yang harus bertanggungjawab," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio bimbang isu kebakaran hutan Indonesia makin parahARTIKEL BERKAITAN: Penyamar guna foto Jefri Nichol main aplikasi cari jodohHantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang memuji keberaniannya bersuara mengenai isu berkenaan.Malah, ada yang berharap selebriti dan pempengaruh media sosial lain seperti Fuji, Atta Halilintar, Jennifer Hubner dan Aaliyah Massaid turut menggunakan platform masing-masing untuk menyuarakan kebimbangan mengenai isu terbabit."Terima kasih kerana sudah jadi green flag untuk kali ini. Minta yang pempengaruh yang lain juga bersuara."Kasihan Kalimantan. Kasihan negara jiran. Kasihan anak-anak negara kamu sakit. Negara jiran turut sakit," tulis netizen.