suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leonardo DiCaprio bimbang isu kebakaran hutan Indonesia makin parah

Leonardo menyuarakan kebimbangan mengenai isu kebakaran hutan di Indonesia.

PELAKON dan aktivis alam sekitar, Leonardo DiCaprio menyuarakan kebimbangan mengenai isu kebakaran hutan yang melanda Indonesia, khususnya di Pulau Kalimantan dan Sumatera.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon filem Titanic itu berkata kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada aktiviti manusia termasuk pembukaan kawasan hutan untuk tujuan pertanian.

“Lebih daripada dua juta ekar (800,000 hektar) hutan telah terbakar di Pulau Kalimantan dan Sumatera.

Leonardo merupakan seorang aktivis alam sekitar.

“Apabila tanah gambut yang kaya dengan karbon terbakar, ia turut melepaskan sejumlah besar karbon yang tersimpan sekali gus memburukkan lagi krisis iklim dan kepelbagaian biologi,” katanya.

Dalam pada itu, Leonardo turut menekankan kesan kebakaran tersebut terhadap manusia dan hidupan liar yang kehilangan habitat akibat kemusnahan hutan.

Antara yang terjejas ialah orang utan Kalimantan yang terpaksa melarikan diri dari kawasan hutan yang terbakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio tak mahu buang masa dalam perhubungan

ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi curi tumpuan, Sabrina Carpenter sindir Leonardo DiCaprio

“Orang utan Kalimantan dilihat melarikan diri dari hutan yang terbakar ketika habitat mereka semakin musnah.

“Orang utan ini diselamatkan oleh BKSDA di Kalimantan Tengah dengan sokongan BOS Foundation dan kini berada di bawah penjagaan doktor veterinar,” tulisnya.

Artikel Lain